Laman web ini telah dibangunkan untuk memuatkan maklumat yang terkini, yang sedang dan bakal diadakan di Perbadanan Stadium Negeri Sarawak sebagai menyempurnakan penyampaian fakta yang sebenar lewat maya.
Ianya mudah untuk di akses oleh orang awam di seluruh dunia, kerana kita telah melangkah maju ke arah dunia tanpa sempadan,Sehubungan itu, segala aktiviti yang berlaku di Perbadananan Stadium Negeri Sarawak dapat disaksikan melalui gambar-gambar yang tertera di laman web ini.Maklumat ini juga boleh dijadikan sebagai sejarah atau kronologi aktiviti-aktiviti yang diadakan di kompleks PSNS.Kalendar aktiviti dan kadar caj sewa masa kini juga dipaparkan untuk memudahkan orang awam membuat tempahan melalui ebooking,di samping sebagai saluran informasi kepada pengunjung laman web ini.